FRIENDSHIP~





Baru aku faham apa erti sahabat yang sebenar-benarnya. Betul la orang kata, kawan yang baik, kawan yang sudi dan betul-betul nak kawan dengan kita, kawan yang terima kita seadanya memang susah nak cari. Selepas apa yang berlaku dekat aku, barulah aku faham. Kawan yang kita anggap kawan baik tak semestinya dia yang terbaik untuk kita. Mungkin kita salah memilih kawan yang tepat atau mungkin memang tidak tepat. Hm, ayat aku memang berbelit-belit, tapi itulah yang aku cuba ingin sampaikan.

Kalau kawan ada buat salah ke, ada buat terasa hati ke, ada buat marah ke, kenapa tak terus terang je? Kenapa harus simpan dan bila dah tak tahan *kebomm*, meletup terus keluar semua yang selama ni disimpan dalam hati. Habis ayat nak keluar. Habis semua yang tak diingini berlaku. Kan sepatutnya kita boleh tegur dengan cara yang baik, buat berbincang. Ohh, nak jaga perasaan kawan, so taknak lah cakap yang dia kadang-kadang buat awak terasa hati? Hmm. Bukannya, masa tegur tu kita terus serang, terus marah. Cakap lah elok-elok. Aku percaya untuk berfikir, kawan boleh faham.


Kawan yang betul-betul, dan sebenar-benarnya kawan kita, dia akan faham kita. Dan dia tak akan berfikir untuk putuskan persahabatannya disebabkan perkara yang kecil. Misalnya, kalau kawan kita ada buat salah, dan dia mintak maaf, tak boleh ke terima dan maafkan? Kawan yang betul, dia akan maafkan kita. Tapi kalau kawan yang palsu dia, dia akan maafkan kita, tapi hakikatnya. *ahh lantak kau lah, kau nak mintak maaf ke, taknak ke, peduli apa aku*. Hmm, itu ke yang dinama kan bff?


Kalau ada salah harap tegur, mana lah tau dngan teguran tu dapat ubah segalanya .Just nak jadi orang terpenting juga.Ni ada apa-apa tanak bgtau tahu .Lepas tu dapat tahu dari orang lain ,hm sakit juga. Tapi takpe la semua tu bukan nak amik hati sangat.Da lupakan. Just one reason je, nak jadi kawan betol-betol bukan sekadar je .

Kalau kita nak tahu kawan kita yang sebenar-benarnya, bila dia marah kita. Semuanya keluar. Semua isi hati kawan kita keluar. Semua dibuang di dalam facebook, twitter dan sebagainya. Jadi dari situlah, baru kita tahu yang dia memang kawan kita atau pun tidak. Bila dia mula kata, lantak lah, itulah, inilah. Maksudnya, dia memang tidak kisah. Memang selama ini dia tak lebih anggap kita sebagai orang biasa, yang tak penting pun dalam hidup dia.


Bukan senang nak cari kawan yang baik dan tapi kita kena ingat bukan senang juga nak jadi kawan yang terbaik. Bukan senang nak cari kawan yang baik. Tapi kalau jumpa jaga betol-betol .Biarlah sampai hujung nyawa kalau berkawan.Bukan senang nak jadi kawan yang baik .Betol tak ? so sama-sama lah kita menjadi kawan yang baik  demi kebaikan bersama.

0 comments: