DUNIA YANG MELELAHKAN



'Kau telah tamatkan apa yang kau mula. Kau telah selesaikan kesemua jalan cerita. Tapi, itu tidak bermakna usahanya berhenti sama. Teruskanlah, Melangkahlah. Kejar apa yang kau impi. Hingga kau bisa kecapi ia. Selamat melangkah hidup baru. Tahniah untuk sebelumnya. Dan selamat berjaya untuk didepannya.'





Dalam kita melangkah, kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis.Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..
Alihkan mata ke laut..Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..Tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya..Begitulah dengan kehidupan manusia..Riang ketawa..
Tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..Jika kita rasa kecewa..Pandanglah ke sungai..Airnya tetap mengalir..Biarpun berjuta batu menghalang..Jika kita rasa sedih.. Pandanglah ke langit..Kita akan sedar bahawa..Allah sentiasa bersama kita.. 


Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, agar kita kuat semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..






0 comments: